Istilah-istilah Penting
Khalifah – Pemerintah
Khilafah – Sistem Pemerintahan Islam yang satukan umat Islam seluruh dunia. Ia bermula dari Rasulullah dan berakhir pada 3 Mac 1924(Khilafah wujud selama 13 abad)
Sekularisme – Pisahkan Islam dari kehidupan
KArl Vick Wartawan Washintonpost.com
Karl Vick, Wartawan Akhbar Washington Post
Sabtu, Januari 14, 2006;
“Khilafah amat dihormati oleh ramai Muslim. Menurut temuramah yang saya lakukan, Muslim lihat Khalifah sebagai ketua umat Islam yang dikenang sebagai ingatan dan sebagai prinsip yang perlu dicapai”
“Harapan munculnya Khilafah tidak akan hilang kerana Muslim ingat kekuatan mereka di zaman silam, lihat kelemahan mereka hari ini, dan berharap mereka akan jadi kuat di masa depan.”
Kerem Acar, tukang jahit di Istanbul. “Saya mungkin tak hidup untuk saksikan Khilafah, & mungkin anak saya pun tidak dapat saksikannya, tetapi cucu saya akan saksikan seseorang isytihar dirinya Khalifah, & ini akan datangkan kesan besar ke atas dunia.”
Ertugul Orel,pemilik kedai pakaian di luar Masjid Aya Sofia, Istanbul, ”Saya harap Khilafah akan muncul sekali lagi kerana jika ada Khilafah semua Muslim akan bersatu.”
Fadi di Copenghagen, ibukota Denmark
"Bush kata umat Islam akan wujudkan Khilafah yang menjangkau dari Sepanyol ke Indonesia. Penegakan Khilafah akan dicapai melalui usaha yang dilakukan oleh mereka yang bekerja keras.”
Muziz, Copenhagen, “10 tahun dahulu ramai merasakan Khilafah tak realistik. Tapi sekarang, ramai yakin Khilafah akan wujud dalam beberapa tahun lagi.”
Baiat kaum Muslim...
Hadis: “Siapa sahaja mati dan di pundaknya tiada baiat, maka matinya dalam keadaan mati jahiliyah.”
(Riwayat Imam Muslim)
Pemerintah Melayu beri baiat kepada Khalifah
(Dr. Michael Francis Laffan, Universiti Leiden, Holland)
Khalifah Umayyah(660-749)
Muawiyah cuba serang Jawa pada 674M tetapi tak jadi
Beliau hantar utusan untuk siasat sahaja.
Raja Srivijaya kirim 2 surat kepada Muawiyah & Umar Abdul Aziz, akui kebesaran Khilafah
Muawiyah kirim surat kepada Raja Srivijaya, Lokitavarman, ajak peluk Islam
Khalifah Sulaiman (715-717M) kirim 35 kapal perang ke Sumatera.
Hasil dakwah Khalifah Umar Abdul Aziz (717 – 720M) Raja Srindravarman, pengganti Lokitavarman, pada 718M peluk Islam
Keajaan hindu lenyap setelah kedatangan Khilafah.
Kerajaan Majapahit Hindu terakhir di Jawa merosot antara tahun 1513 dan 1528 akibat tentangan beberapa buah wilayah Islam
Kejatuhan empayar Hindu Majapahit tidak akan tercapai tanpa peranan Khilafah Uthmaniyah yang menyekat penjajah Portugis dan kirim bantuan seperti pendakwah, askar, dan senjata ke nusantara.
Wali Songo(sembilan)
Sultan Muhammad 1 kirim 9 ulama’ & pada 1404M
mereka ke pulau Jawa:
2 dari Turki.
1 dari Uzbekistan.
1 dari Mesir.
1 dari Maghribi.
2 dari Iran.
2 dari Palestin.
Tiada Nasionalisme
MELAKA
Dari perkataan Arab ‘Mulaqat’ = tempat pertemuan / pusat perdagangan
1471, Sultan Mahmud ke2 (Khilafah Uthmaniyah) ikat perjanjian dengan Sultan Mansur Shah.
Khilafah bantu Melaka dengan senjata, askar
Melaka jadi Pusat Dakwah
Ulamak dihormati di Melaka,
Sultan Melaka aktif menyebarkan Islam
Harian Metro 2005 melaporkan Hang Tuah pernah pergi ke istana Khilafah Uthmaniyah di Turki.
1511 Portugis jajah Melaka
1519, Portugis di Melaka cemas dengar ura-ura tentang kiriman armada Khilafah Uhtmaniyah bantu Muslim di Melaka.
Portugis hancurkan kapal Turki di pantai di Yemen yang disyakki akan ke Melaka
ACHEH
Acheh ganti Melaka sebagai kuasa Islam terkuat di Alam Melayu selepas Melaka dijajah Portugis 1511
Nenek moyang para sultan Acheh adalah orang Arab yang dikirim oleh Khilafah Uthmaniyah untuk sebar Islam di Acheh
1530an Sultan Al-Qahhar (Acheh) dapat bantuan Khilafah Uthmaniyah.
160 orang Turki, askar Habsyah, askar Gujarat (India/Pakistan) yang jumlahnya tak terhitung, dan 200 askar Malabar (India) tiba di Acheh untuk tolong Muslim
1564 Khilafah beri Acheh 500 meriam
Askar Acheh berbilang bangsa –
tiada Nasionalisme
Acheh serang Portugis di Melaka 6 kali dengan bantuan Khilafah Uthmaniyah iaitu pada 1537, 1539, 1547, 1568, 1573
dan 1575.
Portugis berjaya disekat dari jajah Acheh dan wilayah lain.
Hadis nabi:
“Sesungguhnya Imam (Khalifah) adalah Pelindung”
1570an –Aceh dengan armada laut 30,000 kapal perang sekat pelabuhan Sumatera dan sekat kiriman bahan makanan, peluru Portugis melalui India dan Selat Melaka.
Hubungan akrab di antara Acheh dan Khilafah Uhmaniyah pertahankan kemerdekaan Acheh selama lebih 300 tahun.
Bila Acheh tidak dapat dibantu Khilafah, Belanda kalahkan Acheh awal abad 20
Akhbar The New York Times, 5 Julai 1873
Belanda minta Acheh Putuskan semua hubungan Acheh dengan Khilafah Uthmaniyah;
& tukar Bendera Acheh –Bintang Bulan– seperti Turki dengan Bendera Belanda.
(Bendera Indonesia sekarang adalah bendera Belanda yang diubahsuai)
MUSUH ISLAM
Snouck Hurgronje = agen perisik dan penasihat Belanda
1885, beliau ke Mekah, isytihar beliau masuk Islam di hadapan 2 pegawai Khilafah
Pakai nama Abdul Ghaffar
Beliau lapor orang Melayu yang sokong Khilafah
Snouck nasihat Belanda galakkan umat Islam buat ibadat dan melakukan amalan yang lain selagi tidak libatkan politik.
Matlamat : salurkan semangat Islam supaya menjauhi politik dan tak sokong Khilafah.
Perkara ini juga dilakukan Inggeris di Tanah Melayu.
Inilah yang dinamakan Sekularisme
JOHOR
Johor dari perkataan Arab ‘Jauhar’ bermakna permata
1879 – Lawatan pertama Sultan Abu Bakar ke Istanbul
1893 – Sultan Abu Bakar lawat Istanbul kali ke2
Sultan Abdul Hamid kurniakan 2 wanita Turki, Khadijah Hanim untuk nikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqayah Hanim untuk nikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar).
Ruqayah ibu kepada Dato’ Onn Jaafar
1894, kapal perang Khilafah ‘Attughrul” datang ke Johor.
Pegawainya dirai oleh Sultan Abu Bakar
1895 – Ketika Sultan Ibrahim perintah Johor, dikeluarkan perintah kepada Jabatan Agama Johor supaya diseru nama Sultan Ibrahim dalam khutbah beriring dengan nama Khalifah Uthmaniyyah
Undang-undang Khilafah diterimapakai sebagai undang-undang kewangan di Johor sejak 1893 lagi.
1904 – Sultan Ibrahim kurniakan bintang kebesaran Johor kepada pegawai-pegawai Khilafah Uthmaniyah
1913 – Undang-undang Khilafah Uthmaniyah dijadikan Majalah Ahkam Johor
Masjid Sultan Abu Bakar disiapkan dalam tahun 1900
Senibinanya berasaskan senibina masjid Khilafah.
Raja Ali Kelana ke Turki pada 1883, 1895 ,1899 dan 1913 minta bantuan Khalifah perangi Belanda dan bebaskan dunia Melayu dari penjajah, yang telah jatuhkan takhtanya kerana sikapnya yang anti-Belanda.
Raja Ali kerjasama dengan Syeikh Ahmad al-Fathani untuk satukan Melayu dengan Khilafah
Misi Raja Ali itu gagal (Khilafah `Uthmaniyyah ketika itu lemah)
Raja Ali lari ke Johor dan dilantik oleh Sultan Johor sebagai Syeikhul Islam sehingga beliau mati pada 1927.
Raja Ali = ulama Riau dan Johor adalah waris kesultanan Riau-Lingga,
NEGERI SEMBILAN
1892 – Di Negeri Sembilan, Syed Hamid (Tunku Besar Tampin) & Penghulu Inas, minta panglima tentera laut Khilafah yang lawat Singapura bantu umat Islam di Tanah Melayu ‘ketepikan Britain’.
Majlis Negeri atas desakan Britain singkir Penghulu Inas.
Britain serba salah untuk hukum Syed Hamid.
Syed Hamid tokoh yang amat penting & Britain tidak berani ambil tindakan drastik ke atasnya.
(J. M. Gullick)
Pembesar-pembesar Sungai Ujong, Datuk Kelana & Datuk Bandar gaduh .
Datuk Kelana lawat Gabenor Singapura dan pada 21 April 1874, menandatangani persetiaan menerima perlidungan British dan meletakkan Simpang dan kawasan-kawasan dari Simpang ke Permatang Pasir di bawah kuasa British.
Datuk Kelana kibar bendera British
Sekumpulan orang kibar bendera Khilafah telah kelihatan untuk menentang bendera British yang dikibarkan oleh Dato Kelana, dan mencerminkan gerakan Pan-Islam yang ditaja oleh Khilafah (h. 189, Sejarah Malaysia, Barbara Watson Andaya)
10 Oktober 1874, Datuk Bandar lancarkan penentangan terhadap Datuk Kelana tetapi Datuk Kelana menang dengan bantuan British.
Akibatnya Sungai Ujong dijajah British
PAHANG
Julai 1892 – Dato’ Menteri Pahang telah melakukan perbincangan di Singapura dengan Sir Cecil Clementi Smith, Pesuruhjaya Tinggi Britain.
Cecil dakwa punca kekacauan di Pahang adalah kerana seorang Sayid Arab menjelajah negeri-negeri selatan minta pemimpin-pemimpinnya tandatangani dokumen minta bantuan Khalifah di Turki usir Britain keluar dari Tanah Melayu.
(h. 71, William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, Oxford University Press, 1994)
1890an – 1908 Usaha Khilafah Untuk Selamatkan Kelantan, Terengganu, Patani & Kemboja
Usaha dibuat pada 1890an setelah Syeikh Wan Ahmad Fathani pergi ke Istanbul untuk suarakan keinginan Muslim bersatu dengan Khilafah.
Syeikh Wan Ahmad telah menemui dan berbincang dengan para pemimpin Khilafah di Istanbul menyebabkan Khilafah telah menghantar 2 orang perutusan rasmi.
Seorang daripadanya pergi ke Patani dan singgah di Bangkok merundingkan perkara ini dengan pegawai-pegawai Siam sementara seorang lagi pergi ke Kelantan dan singgah di Singapura merundingkan perkara yang sama dengan Inggris. Rancangan ini tidak berjaya kerana Barat terutama Inggeris begitu kuat mempengaruhi politik orang Melayu (h. 117, Mohd. Zamberi A. Malek, Patani Dalam Tamadun Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994)
Cubaan itu tidak berhasil.
Syeikh Wan Ahmad meninggal dunia 1908.
Syeikh Wan Ahmad (1866-1908M), ulamak Pattani.
Beliau seorang pembesar di Mekah dan orang kepercayaan Khilafah.
Dia bertungkus lumus dengan rakannya untuk sedarkan Muslim dan menyatukan alam Melayu denan Khilafah
Sultan Abdul Hamid 2 jemputnya datang ke istananya di Turki.
Syeikh Wan Ahmad karang buku tentang sejarah Khilafah Uthmaniyah
Bangsa Melayu menyimpan harapan yang tinggi bahawa Daulah Khilafah (Khilafah Uthmaniyyah) akan mampu melindungi mereka dan menyelamatkan mereka dari penjajahan Eropah.Beliau ditugaskan oleh Khalifah untuk ke nusantara bagi meninjau keadaan penjajahan Belanda di Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu.
Beliau hidup di bawah naungan Khilafah selama 54 tahun.
1884 - Di bawah penyeliaan Khilafah Uthmaniyah, sesi percetakan bahasa Melayu pertama telah ditubuhkan di Makkah dan diletakkan di bawah tanggungjawab Syeikh Wan Ahmad bin Mohamad Zain al-Fatani
Syeikh Daud Abdullah al-Fatani
Lahir di Gerisik, Pattani, pada 1133H (1721).
Kerana ilmunya yang mendalam, beliau melayakkan diri mengajar di Masjidil Haram.
Khilafah Uthmaniah lantik beliau jadi Sheikh Haji dan merupakan orang Melayu pertama memegang jawatan tersebut
FILIPINA
Sultan Muizuddin pemerintah Sulu, Filipina (abad ke 18) hubungi Khilafah Uthmaniyyah untuk minta bantuan perangi Sepanyol
Sembahyang & khutbah diadakan di Zamboanga untuk doakan kesejahteraan Khalifah di Istanbul
(Rujukan: Cesar Adib Majul)
RIAU(1904)
Februari 1904, putera-putera Sultan Riau memutuskan untuk minta bantuan Khilafah Uthmaniyah supaya kembalikan kedudukan Yamtuan.
Di Singapura, 20,000 dolar Singapura dikumpulkan untuk biayai misi itu.
Oktober 1904, Raja Ali Kelana, ditemani Syed Syeikh Al-Hadi, pergi ke Timur Tengah bawa beberapa surat daripada arkib diRaja serta perjanjian yang dilakukan antara Belanda dan Riau apabila Belanda gulingkan sultan pada 1857.
Julai 1905, Khalifah minta Ratu Belanda supaya tidak serang Muslim di nusantara tapi ditolak Belanda
SINGAPURA
Sayyid Mohd Alsagoff, tokoh terkenal Singapura (1880-1890an) cuba satukan alam Melayu dengan Khilafah
Untuk projek landasan keretapi al-Hijaz (di Arab Saudi), penduduk Singapura sumbangkan 4 ribu pound sterling kepada Khilafah Uthmaniyah
Akibat tiada perlindungan Khilafah, Singapura dijajah
BRUNEI
Sultan Brunei minta bantuan tentera khalifah pada tahun 1908.
Bersambung....
Rabu, 9 Mac 2011
Khamis, 10 Februari 2011
Sesalan buat diriku...

Apa yang aku lakukan pada hari ini bukanlah untuk kepuasan diri aku sahaja.sesungguhnya suatu hari nanti,akan aku tinggalkan segala isi dunia(mati).Apa y aku lakukan pada hari ini akan aku wariskan kepada anak,cucu,cicit aku.Biarlah peninggalan aku itu,peninggalan yang bermakna.sesuatu yang istimewa,yang mana ia menjadi ikutan anak cucu Ku yang akan menjadi kebanggan mereka.
Aku ke Universiti bukan untuk dapatkan sijil untuk satu pekerjaan yang hebat.Tapi aku ke Universiti,aku ingin menjadi seseorang kerana ilmu.Aku menyintai ilmu sepenuh hatiku.Kerana ilmu Allah yang dsalurkan Nya melalui lidah guru2ku,menjadikan aku hari ini.Syukur Alhamdulillah dan terima kasih buat guru2ku.
Aku berhajat pada keadilan,kritikku bukan untuk si egois.Kritikanku hanya nasihat untuk muhasabah,diriku dan dirimu.Ada yang membenci dan ada y menyukai.Ada yang gusar dan ada yang kata teruskan. Sesungguhnya isi hati kecilku sentiasa memikirkan apa yang patut aku lakukan untuk memuaskan hati semua.Akhirnya aku berkeputusan "hidupku jalanku".Allah telah memberi manusia 2 jalan untuk hambaNya(syurga dan neraka).Pilihlah ikut kemahuan kamu.Allah sediakan aqal bagimu untuk berfikir.Aku yakin,jalan yang aku bawa,tidak akan memberi sesalan aku untuk ke sana(akhirat).Bagiku,dunia tidak penting,tapi ia satu keperluan.
Isi hati aku berbicara lagi,cukuplah bagimu(dunia) mengguris hatiku.Dunia y disalurkan dengan lidah dan tangan manusia lebih mengguris hatiku dari dunia itu sendiri.Melalui lidah melalui percakapan,melalui tangan dengan perbuatan.Aku ingin bersama tuhanku.Tuhan yang sentiasa kasih dan sayang padaku lebih dari kedua ibu bapaku.Aku belajar dan aku cuba amalkan.Aku belajar dan aku cuba untuk sampaikan.Jika aku tidak disukai,biarkan aku sendiri.Jangan menyekat diriku dengan apa yang aku rasakan kebenarannya.Allah dan aku tahu apa yang aku tahu.Hidupku hanya sekali,jangan jadikannya satu bende yang akan aku sesali disana nanti.Aku cuba untuk merubah diri,kerana diriku tidak sesempurna nabi.
Jika engkau takut,takutlah sendirian.Jangan engkau takutkan mereka y berada pada jalan-Nya.Adakah kematian akan menjemputmu bersama temanmu itu?sesungguhnya kehidupanmu itu adalah atas pilihanmu.Jika engkau lalai,ia adlah dsebabkan dirimu sendiri.Jika kamu tergolong dari kalangan org y beroleh kejayaan adalah atas pilihanmu jua.semuanya dengan izin Allah tapi atas pilihan tangan mu sendiri.sesungguhnya Allah Maha Adil dan bijaksana.
Label:
Aku
Rabu, 19 Januari 2011
Islam adalah sebuah sistem..

Memperkatakan Islam sebagai cara hidup mestilah memenuhi tuntutan sebagaiman yang terdapat di dalam ajaran Islam itu sendiri. Jadi Islam ditakrifkan sebagaimana di bawah;
Islam adalah Agama yang diturunkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Khaliq-nya, dengan dirinya dan dengan manusia sesamanya. Hubungan manusia dengan Khaliq-nya mencakup peraturan-peraturan yang berkaitan dengan akidah dan ibadah. Hubungan manusia dengan dirinya mencakup peraturan-peraturan yang berkaitan dengan akhlak, makanan, dan pakaian. Hubungan manusia dengan sesama manusia mencakupi peraturan-peraturan yang berkaitan dengan mu'amalah dan uqubat. [ Taqiuddin An-Nabhani, Sistem Islam, ms 69]
Dari definisi ini, ia menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhamad SAW yang mana ia adalah agama samawi yang mengatur;
i) Hubungan Allah dengan hambanya, meliputi aspek akidah dan ibadah mahdah (solat, puasa, zakat, Haji dll)
ii) Hubungan individu dengan dirinya sendiri iaitu menyangkut apa yang perlu dia lakukan untuk keperluan dirinya seperti aspek makanan, pakaian dan akhlak.
iii) Hubungan individu dengan individu lain iaitu meliputi aspek mu'amalah dan uqubat.
Hubungan tiga dimensi ini terkandung di dalam ajaran Islam yang melayakkannya untuk dijadikan cara hidup sempurna kepada manusia yang menganutnya, yang menerbitkan lima sistem asas bernegara, iaitu sistem pemerintahan, ekonomi, sosial, polisi luar negara dan polisi pendidikan negara. Islam sebagai sebuah cara hidup yang sempurna dan tidak memerlukan ideologi atau sistem lain dari luar sistem Islam, kerana ideologi Islam itu telah sempurna sebagai sebuah cara hidup yang diredhai oleh Allah SWT
Firman Allah Ta'ala;
“Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam” [TMQ Ali-Imran (3):18].
Dalam ayat ini, ia menerangkan bahawa cara hidup yang diredhai oleh Allah hanyalah Islam, bukan cara hidup lain seperti kapitalisme, komunisme, Darwinisme, Socialisme dan bermacam-macam isme-isme rekaan atau buatan manusia. Ini adalah kerana semestinya sebuah ideologi yang lengkap sebagaimana Firman Allah;
“Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu Deen kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, serta Aku redhai Islam sebagai Deen bagimu.” [Maksud Terjemahan Al-Maidah: 3]
Pada masa kini, ada di kalangan umat Islam yang menganggap Islam itu tidak lebih dari akidah ruhiyyah (kerohanian) yang hanya membicarakan masalah ibadat sahaja. Nabi Muhammad SAW dan para sahabat telah menunjukkan kepada kita bahwa mereka bukan hanya ahli ibadat tetapi juga adalah negarawan, pakar ekonomi, mujahidin dan pentadbir yang cekap. Pendekatan mereka memenuhi tuntutan Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Maksud Terjemahan Al-Baqarah: 208]
Islam sebagai sebuah cara hidup ini meliputi dua doktrin asas;
i) Akidah ruhiyyah iaitu meliputi perkara ibadah dan akidah (hubungan langsung dengan Allah).
ii) Akidah siyasiyah iaitu meliputi perkara yang mengatur urusan hidup seperti makanan, pakaian, akhlak dan perkara yang meliputi 90% urusan hidup kita iaitu mu'amalat dan 'uqubat. (Sila lihat Carta Definisi Islam)
Perlu difahami dengan jelas bahawa perkara mu'malah dan uqubat (sistem penghakiman) ini adalah sebahagian dari ajaran Islam yang banyak diselewengkan dan ditukar dengan sistem ciptaan manusia.
Mana-mana ajaran yang bersifat ideologi memiliki method khusus supaya ideologinya tetap dominan dan wujud dalam aspek kehidupan. Islam datang dengan sejumlah hukum yang mengawal ajarannya dan ia merupakan sebahagian ajaran itu sendiri.
Mabda’ Islam juga mencakupi tariqah (method) untuk merealisasikan perkara di bawah:
(1) Penguatkuasaan Hukum Syarak; sebagai contoh Islam melarang seseorang melakukan zina. Maka sekiranya ada individu yang berzina akan dikenakan hukuman 100 kali sebatan untuk yang belum berkahwin. Hukuman sebatan ini menjadi aspek utama untuk penguatkuasaan hukum zina. Islam juga membenarkan pemilikan peribadi, tetapi tanpa penguatkuasaan, ianya tinggal sebagai sebuah ajaran yang tidak ada method/kaedah. Maka, Islam menguatkuasakannya dengan hukuman pemotongan tangan kepada pencuri.
(2) Memelihara akidah Islam agar bertahan dalam arena kehidupan, Islam amat serius dalam menjaga akidah penganutnya yang mana method menjaganya adalah dengan dilaksanakan hukuman bunuh kepada golongan murtad.
(3) Membawa akidah Islam kepada mereka yang belum meyakininya dengan method jihad sebagai penghilang halangan fizikal dari pihak negara kepada negara yang lain.
Tatacara untuk melaksanakan mabda’ ini ialah dengan menerapkannya di dalam wadah Negara Islam (Khilafah). Dalam melaksanakan mabda’ tersebut, Negara berpegang kepada 3 prinsip:
(1) Ketaqwaan seorang muslim memegang ajaran Islam
(2) Masyarakat yang sentiasa prihatin dengan amalan Amar Makruf Nahi Mungkar
(3) Penguatkuasaan undang-undang Islam dan seluruh hukumannya.
Tatacara untuk mengembang dan menyebarkan mabda’ pada bangsa-bangsa lain yang belum mengimaninya adalah melalui jihad oleh Daulah. Jihad bertujuan untuk mengatasi berbagai halangan dan rintangan bersifat fizikal, yang menghalang bangsa tersebut dari memahami hakikat Islam. Di atas kefahaman inilah, Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah SAW berhasil menyaingi dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi hanya dalam masa 13 tahun setelah ia didirikan. Melalui jihad, Khilafah pernah memerintah Sepanyol (800 tahun), Portugal (600 tahun), Greece (500 tahun) dan Bulgaria (500 tahun). Semasa pemerintahan tersebut, penduduk Daulah hidup dalam suasana yang aman, damai dan dinamik - dan ini menjana minda rakyat Daulah Khilafah untuk maju dan muncul sebagai tamadun dunia yang hebat.
Kekuatan dan pengaruh tamadun yang lahir dari akidah Islam ini turut dikagumi oleh pengamat barat. Carly Fiorina, Ketua Pegawai Esekutif dari syarikat Hewlett-Packard pernah berucap pada 26hb September 2001 di Minnesota, Amerika Syarikat, katanya : “Pada suatu ketika dahulu wujud satu peradaban yang terhebat di dunia. Ia mampu mencipta sebuah Negara perkasa antara benua yang melingkari satu lautan ke lautan yang lain, dari iklim dingin ke iklim tropika dan padang pasir. Dalam wilayahnya tinggal beratus juta orang, yang berbilang kepercayaan dan bangsa. Salah satu bahasanya (Bahasa Arab) menjadi bahasa universal di kebanyakan tempat di dunia, yang menghubungkan antara orang-orang dari beratus wilayah. Tenteranya terdiri dari berbagai bangsa dan perlindungan ketenteraannya telah mewujudkan tahap ketenteraman dan kemakmuran yang tidak pernah diketahui sebelum ini. Pencapaian perdagangannya tersebar dari Latin Amerika hingga China dan wilayah yang berada di antara kedua-dua Negara itu. Peradaban ini dipicu oleh berbagai rekacipta. Para arkiteknya merekacipta bangunan-bangunan yang melawan graviti. Ahli matematiknya merekacipta algebra dan algoritma yang membolehkan pembinaan komputer dan penciptaan ‘encryption’. Para doktornya mengkaji tubuh manusia dan menemui rawatan baru untuk pelbagai penyakit. Ahli astronominya mengkaji langit, memberi nama kepada bintang-bintang dan membuka jalan kepada penerokaan angkasa lepas. Ketika bangsa-bangsa lain takut mengeluarkan idea, peradaban ini memperkukuhkannya dan mempertahankannya. Apabila peradaban silam mengancam untuk menghapuskan ilmu, peradaban ini menghidupkan ilmu dan memindahkannya kepada yang lain. Peradaban yang saya maksudkan adalah dunia Islam dari tahun 800 hingga 1600, yang termasuk Khilafah Utsmaniyah dan kota Baghdad, Damsyiq dan Kaherah, dan para Khalifah yang cemerlang seperti Sultan Sulaiman (Khilafah Utsmaniyah). Secara tidak sedar kita telah terhutang budi kepada peradaban ini, sumbangannya merupakan sebahagian daripada warisan kita. Industri teknologi tidak akan wujud tanpa sumbangan ahli matematik Arab. Pemimpin seperti Sultan Sulaiman menyumbangkan konsep toleransi dan kepimpinan. Dan kita juga boleh mempelajari dari contoh ini: Ia (Khilafah) adalah kepimpinan berasaskan meritokrasi, bukannya warisan. Ia adalah kepimpinan yang mengembangkan sepenuhnya kemampuan yang dimiliki oleh masyarakatnya yang majmuk yang merangkumi tradisi Islam, Kristian dan Yahudi. Kepimpinan yang cemerlang ini adalah kepimpinan yang memupuk budaya, keutuhan, kepelbagaian dan keberanian yang merakamkan sejarah 800 tahun yang penuh dengan rekacipta dan kemakmuran.”
Kesimpulan
‘Islam kiri’, ‘Islam kultural’, ‘Islam modernis’, ‘Islam tradisional’ atau ‘Islam liberal’. ‘Islam fundamentalis’ atau ‘Islam politik’ semuanya nama yang diberikan oleh Barat untuk menyerang Islam. Malangnya, umat Islam mengambil tempat sebagai pihak tertuduh, sehingga membela Islam dengan cara yang tidak betul, dengan memberi label baru sesuai dengan kehendak barat. Tidakkah kita ini umat terbaik yang tidak memerlukan sikap defensif terhadap dakyah Barat, yang memang mencari-cari ruang untuk memesongkan ajaran Islam? Ingatlah firman Allah swt:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati dengan kamu selagi kamu tidak mengikut akidah mereka…..” [Maksud Terjemahan Al-Baqarah : 120]
Tidakkah cukup dengan namanya Islam sahaja sebagaimana diabadikan dalam Al-Quran;
“Dia (Allah SWT) telah menamakan kamu sebagai orang Islam sejak dulu” [TMQ 22:78]
Wahai Kaum Muslimin yang dimuliakan!
Musuh-musuh Islam seperti Amerika memahami bahawa Islam adalah mabda’ yang sama sekali tidak boleh bertolak ansur dengan kebiadaban kapitalisme. Secara fitrah, Islam dan umat Islam tidak akan membenarkan pihak Kuffar berkuasa keatas kaum muslimin. Kita wajib yakin bahawa hanya dengan berpegang teguh kepada Islam sebagai mabda’ yang lengkap sahajalah kita akan mencapai kemuliaan dan mendapat keredhaan Allah SWT. Tiada siapa yang dapat menafikan, hatta musuh-musuh Islam sekali pun bahawa umat Islam adalah umat yang disegani ketika Daulah Islam tertegak sejak Nabi Muhammad SAW mendirikannya di Madinah sehinggalah kejatuhan Daulah Khilafah Usmaniyah pada 3hb Mac 1924. Insya Allah, Khilafah 'Ala MinHaj an Nubuwwah akan kembali berdiri membawa ajaran Islam dalam arena kehidupan ini, bukan sebagai catatan dalam Kitab Fiqh yang kaku. Malahan ia akan memberikan sinar kepada seluruh penduduk Dunia. Sayugia itu, amatlah perlu bagi kita mengorak langkah yang jitu ke arah menegakkan kembali sistem Khilafah ini.
Wallahua'lam
Ahad, 9 Januari 2011
Cerita y membuat hati menangis...

Sejak menjawat jawatan sebagai gabenor, Amr bin Al-Ash tidak lagi turut serta di medan pertempuran. Dia lebih banyak tinggal di istananya di Mesir. Di hadapan istananya yang mewah itu terdapat sebidang tanah yang luas dan sebuah pondok usang milik seorang lelaki Yahudi tua. “Alangkah baik dan indahnya jika di atas tanah itu berdiri sebuah masjid”, detik hati si gabenor.
Dipendekkan cerita, Yahudi itu dipanggil mengadap gabenor untuk melakukan proses tawar-menawar bagi membeli tanah milik Yahudi tua itu. Namun keputusannya sungguh mengecewakan. Amr bin Ash sangat kesal kerana si tua itu menolak dan enggan menjual tanah dan pondok buruknya. Ini kerana harga yang ditawarkan oleh gabenor adalah lima kali ganda dari harga pasaran.
“Baiklah jika itu keputusanmu, saya harap anda tidak menyesal!”. Tegas gabenor dengan nada ancaman.
Setelah orang tua Yahudi itu berlalu, Amr segera memerintahkan orang bawahannya mengeluarkan sepucuk surat pemberitahuan bagi membongkar tanah milik Yahudi tersebut. Apabila peristiwa itu berlaku, orang tua tadi hanya mampu menangis kerana tidak berdaya melakukan apa-apa. Dalam situasi mengecewakan itu, terdetiklah dalam hati orang Yahudi itu untuk mengadu keputusan gabenor Mesir kepada Khalifah Umar al-Khattab.
“Ada apa-apa keperluan yang pentingkah wahai datuk, kerana kau datang begitu jauh ke sini?, tanya Umar al-Khattab kehairanan.
Datuk tua itu sebenarnya sungguh gementar berdepan dengan seorang khalifah yang berkedudukan tinggi dan penuh wibawa. Walaupun pada hakikatnya penampilan khalifah Umar amat sederhana dibandingkan dengan keluasan kekuasaan pemerintahan beliau. Setelah degup jantungnya bertambah reda, datuk tua itu mula bercerita bagaimana perjuangannya mempertahankan miliknya dan melaporkan aduan kesnya dengan penuh kesedihan.Merah padam wajah Umar apabila mendengar aduan datuk tua Yahudi itu.
“MasyaAllah, kurang sopan sungguh Amr!”, kecam Umar.
“Sungguh tuan saya tidak mengada-ngadakan cerita walau sepotong ayat”, sahut datuk itu bertambah gementar dan kebingungan. Malah dia semakin bingung apabila Umar memintanya mengambil sepotong tulang lalu menggoreskan sesuatu pada tulang itu dengan pedangnya.
“Berikan tulang ini kepada gabenorku, saudara Amr bin Ash di Mesir,” perintah khalifah Al-Faruq Umar al-Khattab.
Orang Yahudi itu semakin kebingungan, “Tuan, adakah tuan sedang mempermainkan saya?” kata Yahudi tua itu dengan suara yang perlahan. Dia mula cemas dan memikirkan perkara yang bukan-bukan. “Jangan–jangan khalifah dengan gabenornya sama saja. Yalah, di mana saja manusia yang majoriti dan memegang tampuk pemerintahan dan kekuasaan pasti akan menindas kaum minoriti. Malah mungkin aku akan ditangkap dan dituduh sebagai seorang subversif,” bisik hati orang tua itu dengan penuh curiga dan khuatir. Namun dia tetap mengadap gabenor Mesir sebagaimana yang diarahkan oleh khalifah Umar al-Khattab.
Setelah menyerahkan tulang goresan Umar kepada gabenor Mesir, datuk tua Yahudi itu semakin tidak faham. Dia semakin tidak faham kerana gabenor Mesir dengan segera memerintahkan sesuatu yang di luar dugaan. “Runtuhkan masjid itu!”, teriak Amr bin Ash dengan nada yang gementar. Wajah gabenor Mesir itu pucat, seperti dilanda satu situasi ketakutan yang amat dahsyat.
Yahudi itu segera berlari keluar dari istana, menuju ke kawasan pondok usangnya bagi melihat akan kebenaran arahan gabenor tadi. Tepat sekali sebagaimana yang dijangkakan. Beberapa petugas sedang bersiap sedia menghancurkan masjid yang tersergam indah yang hampir siap dibina itu.
“Tunggu!”, jerit orang tua Yahudi itu. “Maafkan saya tuan gabenor, tolong jelaskan kepada saya segala peristiwa yang pelik ini? Adakah ia berpunca daripada tulang itu? Apa keistimewaan tulang itu sehingga Tuan begitu nekad membuat keputusan merobohkan semula bangunan yang amat mahal ini? Sesungguhnya saya benar-benar tidak faham?”, tanya orang tua itu bertalu-talu dengan nada yang penuh kehairanan. Amr bin Ash memegang bahu datuk tua itu penuh mesra, “Wahai datuk, sebenarnya tulang itu hanyalah tulang biasa, baunya juga busuk”.
“Tapi…”, datuk tua itu cuba mencelah.
“Namun, kerana ia mengandungi perintah khalifah, maka tulang itu menjadi sangat bererti. Ketahuilah, tulang yang busuk itu adalah peringatan bahawa setinggi mana pun kekuasaan seseorang ia akan kembali menjadi tulang yang busuk. Manakala huruf alif yang digores di atas tulang itu bermaksud kita mestilah berlaku adil sama ada ke atas (di kalangan pembesar) mahu pun ke bawah (di kalangan rakyat biasa). Lurus seperti huruf alif. Dan bila saya tidak mampu menegakkan keadilan, khalifah tidak akan teragak-agak untuk memenggal kepala saya!”, jelas gabenor Mesir itu panjang lebar.
“Sesungguhnya, amat agung ajaran agama Tuan. Sungguh, saya rela menyerahkan tanah dan pondok usang saya itu. Dan bimbinglah saya dalam memahami ajaran Islam,” ujar orang Yahudi itu penuh keikhlasan berserta linangan air mata yang tidak tertahan.
Sabtu, 8 Januari 2011
Adab beramar ma'ruf nahi munkar

(1) Keikhlasan Niat
Renungkan kalimat emas dari Imam Ibnu ‘Utsaimin rahimahullaah berikut ini:
“Para penegak amar ma’ruf nahi munkar (harus) meniatkan terwujudnya Ishlaahul Kholq (perbaikan kondisi ummat) dan tegaknya syari’at Allah. Bukan semata-mata menghukum atau membalas pelaku maksiat. Atau hanya sekedar egoisme demi menyelamatkan diri sendiri. (Karena) jika dia hanya meniatkan yang demikian, maka Allah tidak akan menurunkan keberkahan dalam usahanya menegakkan amar ma’ruf nahi munkar…” [Syarh Riyaadhus Shaalihiin: 1/511-512]
(2) Harus Dengan Ilmu
Dalam kitabnya Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam (hal. 433), al-Hafizh Ibnu Rajab al-Hanbali membawakan sebuah atsar dari Ibnu Mas’ud radhiallaahu’anhu, manakala beliau mendengar seorang laki-laki yang berkata: “Celaka orang yang tidak menyeru kepada kebaikan dan tidak pula melarang dari kemungkaran.” Lantas Ibnu Mas’ud radhiallaahu’anhu berkata:
هَلَكَ مَنْ لَمْ يَعْرِفْ بِقَلْبِهِ الْمَعْرُوْفَ وَالْمُنْكَرَ
“Celaka orang yang tidak mengenal dengan hatinya apa itu yang ma’ruf dan apa itu yang mungkar.” [Riwayat Thabrani dalam al-Kabir: 8564 dengan sanad shahih]
Tidak ber-amar ma’ruf nahi munkar adalah suatu musibah, namun tidak mengilmui mana yang dikatakan ma’ruf dan mana yang disebut mungkar oleh syari’at adalah musibah yang lebih besar lagi. Karena jika seseorang tidak mengetahui tentang yang ma’ruf, boleh jadi ia akan memerintahkan suatu perkara yang disangkanya ma’ruf padahal hakikatnya mungkar sementara ia tidak tahu. Contohnya adalah amalan-amalan bid’ah. Banyak dianjurkan karena disangka ma’ruf, padahal mungkar di sisi Allah. Alhasil, bukannya memetik pahala yang diharapkan, justru kemurkaan Allah yang didapat. Inilah maksud firman Allah (yang artinya):
“Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka telah berbuat sebaik-baiknya.” [QS. Al-Kahfi: 103-104]
Demikian pula seseorang harus mengetahui tentang perkara-perkara yang mungkar agar bisa menjauhkan diri dan melarang manusia darinya. Karena boleh jadi seseorang melarang orang dari suatu perkara yang dihalalkan atau dibolehkan (mubah) oleh Allah sementara ia tidak tahu. Sehingga menjadikan hamba-hamba Allah merasa sempit dan berat. [Lih. Syarh Riyaadhus Shaalihiin: 1/509]
Tidak heran jika banyak usaha nahi munkar yang salah sasaran karena tidak didukung ilmu, justru semakin membuat orang lari dari kebenaran.
(3) Nahi munkar Itu Bertingkat
Khusus tentang nahi munkar, Rasulullah pernah bersabda:
مَن رَأَى مِنْكُم مُنْكَرًا فَالْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ, فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ, فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ, وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيْمَانِ
“Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka hendaklah ia berusaha mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan jika masih tidak mampu juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian ini adalah selemah-lemah iman”. [Shahih Muslim no. 49]
Syaikh Shalih Abdul Aziz Alu Syaikh hafizhahullah menjelaskan hadits tersebut sebagai berikut [Lih. Syarh al-Arba’iin lis Syaikh Shalih Alu Syaikh hal. 375]:
v Bahwa at-Taghyiir bil Yad (mengubah kemungkaran dengan tangan) bersifat wajib jika disertai Qudrah (kemampuan dan kekuasan). Contohnya: kepala rumah tangga atau kepala pemerintahan, mereka wajib mengubah kemungkaran yang terjadi di wilayah kekuasaannya dengan tangan. Jika tidak, maka mereka berdosa.
v Namun jika suatu kemungkaran terjadi di luar wilayah kekuasaan seseorang, maka ini di luar Qudrah, sehingga tidak wajib mengubahnya dengan tangan. Akan tetapi wajib mengingkari kemungkaran dengan lisan, yaitu dengan dakwah dan nasehat. Jika tidak mampu, maka wajib mengingkari dengan hati, yaitu dengan membenci dan tidak ridha dengan kemungkaran tersebut. Tidak ada alasan bagi seorang mukmin untuk tidak bisa mengingkari kemungkaran dengan hati. Karena jika tidak, sungguh keimanannya dalam bahaya yang besar.
v Taghyiirul mungkar (mengubah kemungkaran) dalam hadits tersebut tidak hanya bermakna izaalah (menghilangkan kemungkaran) saja, dalam artian suatu kemungkaran harus benar-benar hilang sehingga barulah nahi munkar dapat dikatakan telah tegak, sama sekali tidak demikian. Sebab Rasulullah r juga memasukkan pengingkaran dengan lisan dan hati sebagai bagian dari taghyiirul mungkar yang disyari’atkan.
v Sarat wajibnya nahi munkar menurut hadits di atas adalah ketika “melihat kemungkaran”. (Jadi tidak boleh nahi munkar yang hanya didasarkan oleh prasangka dan tuduhan atau kabar burung dan desas-desus. Tidak boleh sengaja memata-matai aib orang dengan dalih menegakkan nahi munkar).
v Menurut hadits di atas, yang diubah ketika melihat kemungkaran adalah al-munkar (kemungkarannya). Adapun pelakunya, maka ini perkara yang berbeda. Menyangkut penegakan hukuman. Pembahasannya pun berbeda dan lebih luas.
Empat Tingkatan Nahi munkar
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah dalam bukunya I’laamul Muwaqqi’iin (3/6-7. Cet. Darul Hadits 2004-1425 H) menjelaskan empat tingkatan nahi munkar. Berikut ini adalah intisarinya yang kami ramu dengan penjelasan para ulama lainnya:
Pertama: Nahi munkar disyari’atkan bila mampu mengubah kemungkaran manjadi suatu yang ma’ruf. Dengan kata lain kemungkaran hilang seratus persen dan berganti dengan kebaikan.
Kedua: Nahi munkar tetap disyari’atkan jika mampu mengurangi kemungkaran, sekalipun tidak menghilangkannya secara keseluruhan.
Ketiga: Nahi munkar membutuhkan ijtihad (pengambilan keputusan) seorang yang ‘alim, manakala suatu kemungkaran bila diingkari, diyakini akan menimbulkan kemungkaran lain yang semisal dan sama berat. Dipertimbangkan mana yang lebih mendatangkan maslahat, mengingkari kemungkaran tersebut atau membiarkannya.
Keempat: Nahi munkar menjadi haram untuk ditegakkan jika menyebabkan pelaku kemungkaran justru berbuat kemungkaran yang lebih besar. Dalilnya adalah firman Allah (artinya):
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan…” [QS. Al-An’aam: 108]
Di sini Allah melarang orang-orang mukmin mencela sesembahan-sesembahan orang kafir, padahal mereka berhak mendapat celaan (bahkan melenyapkan sesembahan selain Allah termasuk nahi munkar yang besar). Namun itu diharamkan karena dikhawatirkan timbul kemunkaran yang lebih besar, yaitu celaan balik terhadap Allah dari orang-orang kafir.
Ibnul Qayyim membawakan contoh penerapan kaidah ini dengan kisah gurunya, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah, beliau mengisahkan: “Aku bersama para sahabatku melihat sekumpulan orang (Tartar) di zaman pendudukan Tartar tengah mabuk-mabukan meminum khamr. Maka salah seorang yang bersamaku hendak mengingkari perbuatan mereka. Aku pun mencegah niatnya itu. Aku berkata padanya: ‘Allah mengharamkan khamr karena bisa mencegah dari dzikrullah dan shalat. Sementara bagi orang-orang ini, khamr menjadi pencegah mereka dari berbuat aniaya; membunuh jiwa dan anak-anak kaum muslimin, serta merampas harta mereka.’” [Lih. I’laamul Muwaqqi’iin: 3/6-7. Cet. Darul Hadits 2004-1425 H]
(4) Butuh Sikap Hikmah
Dahulu pernah seorang Badui memasuki Masjid Nabi lalu kencing begitu saja. Para Sahabat hendak memukulnya, namun Nabi mencegah dan malah membiarkan Badui tersebut menyelesaikan hajatnya. Setelah itu barulah Nabi mengajarkan ilmu pada Badui yang jahil tersebut dengan lemah lembut, sehingga ia menerima dengan lapang dada. [Shahih Bukhari]
Di lain kesempatan, pernah Rasulullah melihat salah seorang Sahabatnya memakai cincin emas (emas diharamkan bagi laki-laki). Maka Rasulullah segera melepaskan cincin tersebut lalu membuangnya. Sahabat tersebut dengan kekuatan imannya tidak mengambil cincin tersebut (sekalipun boleh untuk dijual, dan diambil hasilnya). [Lih. Shahih Muslim: 2090]
Dari dua kisah tersebut, tampak jelas sikap hikmah yang diterapkan Rasulullah berbeda-beda sesuai keadaan obyek nahi munkar. Terhadap mereka yang melakukan kemungkaran dari kalangan orang yang tidak mengerti, beliau bersikap lembut, namun terhadap Sahabat yang mengetahui hukum, beliau bersikap keras dan tegas.
Namun sekali lagi perlu dicatat, bahwa praktek penegakan had (hukuman atas tindak kejahatan) dan sikap keras Rasulullah dalam hal nahi munkar dimungkinkan karena posisi beliau sebagai ulil amri yang memiliki wewenang dan Qudrah.
(5) Menimbang Maslahat & Mafsadat
Rasulullah pernah bekata ‘Aisyah radhiallahu’anha (artinya): “Wahai ‘Aisyah, seandainya kaummu tidak baru saja meninggalkan masa jahiliyah, niscaya aku akan memerintahkan untuk memugar bagunan Ka’bah. Aku akan masukkan bagian bagunan (Hijr Isma’il) yang telah dikeluarkan dari Ka’bah. Aku akan tempelkan ke bumi (tidak tinggi dasar pintunya) dan membuat dua pintu untuk Ka’bah, satu pintu Timur, dan satu pintu Barat. Sehingga aku kembalikan Ka’bah sesuai pondasi yang dibangun oleh (Nabi) Ibrahim.” [Shahih Bukhari: 1586]
Rasulullah mengurungkan niat untuk memugar bagunan Ka’bah yang tidak sesuai lagi dengan aslinya, karena khawatir penduduk Makkah yang baru saja memeluk Islam akan kembali kafir karena kesalahpahman mereka.
Hadits ini dijadikan dasar kaidah yang sangat penting oleh para ulama dalam mempraktekkan amar ma’ruf nahi munkar. Yaitu; jika mafsadat (keburukan) yang ditimbulkan lebih besar daripada maslahatnya (kebaikannya), maka disyari’atkan untuk menunda atau tidak melakukan amar ma’ruf nahi munkar. Sekali lagi inilah keindahan amar ma’ruf nahi munkar dalam Islam. Wallaahua’laam
Disusun oleh: Redaksi al-Hujjah
Maraji’:
-Ilaamul Muwaqqi’iin
-Syarh Riyaadhus Shaalihiin
-Syarh al-Arba’in an-Nawawiyah
-Shahih Bukhari, dll.
Jumaat, 7 Januari 2011
Akidah (1)

Akidah menjelaskan bahawa di balik alam,manusia dan kehidupan terdapat pencipta y telah menciptakan ketiganya(alam,manusia,kehidupan),serta telah menciptakan segala sesuatu y lainnya,Dialah Allah SWT.
Pencipta telah mencipta sesuatu dari ada kpd tiada.Pencipta mesti bersifat wajibul wujud.Tiada awal dan tiada akhir(azali).Jika tidak,dia tidak mampu menjadi Pencipta atau tuhan.Kerana jika tuhan dilahirkan maknanya tuhan itu tidak berkuasa.Malah bergantung kpd y lain kerana ia dlm keadaan y bersifat makhluk.Tuhan perlulah tidak bersandar atau bergantung kepada sesuatu.Jika tuhan bergantung pd sesuatu,bermakna tuhan itu lemah dan tidak layak di gelar tuhan.
Jika kita lihat pd kehidupan kita,segalanya berbentuk sementara dan bergantung kpd satu dengan y lain.Maka dpt lah kita simpulkan bahawa makhluk bukan bersifat azali.Dan tidak layak bergelar Khalik atau pencipta.Dengan demikian segala y terbatas pasti diciptakan oleh sesuatu y lain.sesuatu y lain inilah disebut khaliq.Dialah y mencipta ketiga unsur tadi.
Label:
akidah
Pokok persoalan kehidupan...

Persoalan besar y sering muncul dalam benak kepala manusia,yang Allah pun ada firman kan dalam Al-quran adalah,dari mana kita datang,untuk apa kita hidup sekarang,dan ke mana akan kita pergi setelah mati...
Persoalan pokok ini dijawab oleh Islam dan dipecahkan kepada manusia SESUAI DENGAN FITRAH,MEMUASKAN AQAL DAN MEMBERI KETENANGAN JIWA.Di tetapkannya pula bahawa untuk memeluk agama Islam mesti dibangun atas satu dasar y di panggil aqidah.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)
